Assalamualaikum w.b.t.
Adakah kita BENAR dalam PENYAKSIAN kita sebagai HAMBA Allah,wahai sahabat??..
pd pandangan sahabat-sahabat,boleh kah kita jawab soalan ni?..
Apakah penyaksian yg dimaksudkan tadi ye?..penyaksian tu ialah kalimah syahadah@syahadatain..
Untuk memudahkan kita fahami & lebih terkesan pada kefahaman kita tentang PENYAKSIAN kita kepada KEBENARAN,saya ada satu analogi yg pernah dikongsikan oleh seorang sahabat saya.
Diibaratkan camni..kita menyaksikan satu kemalangan jalan raya di antara dua buah kereta yg tlah melibatkan kematian..secara automatiknya,kita adalah SAKSI ke atas kemalangan itu,samada kita BAGITAU atau cerita kat orang lain ttg kemalangan tersebut ataupun TIDAK..kebetulan pulak,kita adalah satu2nya saksi yg menyaksikan kejadian tu.pihak polis meminta saksi untuk menerangkan tentang apa yg telah disaksikan.
(yg mana,KITA adalah saksi tersebut.KITA dikehendaki utk memberikan keterangan b’hubung kes t’sebut).Akan tetapi,kita x mahu mengaku & tampil ke depan utk b’kerjasama dgn pihak polis utk m’berikan keterangan..
Pada pendapat sahabat2 kan..,walaupun kita x nak memberikan keterangan ttg hal itu,adakah ‘penyaksian’ kita terhadap kemalangan tu telah gugur ataupun di’cancel’kan cmtu je??..
samada kita bagitau orang atau x,kita TETAP ‘menyaksikan’ kemalangan itu dgn mata kepala kita sendiri..
Macam tu lah jugak dgn SYAHADATAIN yg kita ucapkan tiap2 kali kita solat dalam tahiyyat awal & akhir..iaitu La ilaha illaALLAH,Muhammad Rasulullah SAW..(tiada Tuhan yang kita sembah selain Allah & Muhammad SAW itu adalah utusan@pesuruh Allah..)Syahadatain yg kita ucap2kan tu,bukanlah setakat kita ucapkan dalam solat kita sehari semalam aje sahabat2..
PENYAKSIAN kita terhadap Allah itu,WAJIB untuk dibagitau @disebarkan kepada orang lain di dunia ini..Once kita ucapkan kalimah syahadah,telah m’jadi KEWAJIPAN atas kita utk sebarkan kpd org lain tentang PENYAKSIAN KEPADA KEBENARAN ini & kemuliaan agama Allah (ISLAM) supaya seluruh umat manusia menjadikan Islam sebagai cara hidup sebenar-benar mereka ..selagi terdapat nyawa yang bernyawa di kawasan itu,selagi ada cahaya matahari yg sampai ke kawasan itu,selagi itu dan sejauh itu lah kita perlu menyampaikan seruan ini... berat x sahabat2??..
BUKAN ulama’2 je,BUKAN para tabligh je,BUKAN imam2 SAHAJA yg perlu lakukan seruan ni,tapi setiap sesiapa yg pernah ungkapkan kalimah PENYAKSIAN ni WAJIB sampaikan kepada seluruh umat manusia..untuk memBUKTIkan bahawa kita adalah seorang MUSLIM yg sebenar-benarnya..supaya apabila ditanya oleh Allah di akhirat nanti,APAKAH BUKTI bahawa KAMU SEBAGAI HAMBAKU YANG MENGAKU MENGAMALKAN AGAMAKU(ISLAM)???..,kita dapat mempersembahkan bukti itu;basah keringat atau darah yang tertumpah dari diri kita dalam menyempurnakan AMANAH yang CUKUP BERAT ini..insyaAllah sahabat-sahabat..
Ya ALLAH,berat nyee..emmm...macam mana sahabat2?..samada kita sembunyi & ckp kita yg kita bukan SAKSI kepada KALIMAH SYAHADATAIN ini,kita TETAP x akan pernah terlepas drpd dihisab di Akhirat sana oleh Pencipta kita tentang amanah/kewajipan ini kerana ini merupakan sesuatu yg amat besar di sisi Allah di samping amalan2 yang lain..sebab itu adalah BUKTI kita di akhirat sana yg dapat melepaskan kita daripada azab Allah yg sangat2 pedih..Subahanallah..seperti dalam Al-Quran,Allah berfirman :
“Wahai org2 yg beriman,mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yg dapat menyelamatkan kamu dari azab yg pedih..?” “iaitu kamu beriman kepada Allah & berjihad di jalan Allah dgn harta & jiwamu. Itulah yang lebih baik bg kamu jika kamu mengetahui..”(61:10-11)
Mahukah kita,nanti di Akhirat sana,ditanya oleh orang2 kafir..KENAPA KAU TAK BAGITAHU AKU TENTANG KEBENARAN AGAMA ALLAH(ISLAM)??..apa jawapan kita nanti di hadapan Allah?..mahukan kita sahabat?...x rasa bersalah ke kita x sampaikan kebenaran ni?..tepuk lah dada,& tanyalah iman kita..adakah kita redha dgn hanya duduk diam sahaja?...samada kita sembunyikan dalam diri kita sorang2 je ke,kita tetap seorang SAKSI terhadap apa yg kita ucapkan...Subahanallah...
sama-samalah kita renung2kan dan melakukan transformasi untuk kebaikan kita bersama...insyaAllah...
No comments:
Post a Comment