Allahummaj'al Qur'aana Hujjatallana.Ameen.

Wednesday, December 29, 2010

R.O.B.O.T

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan kpd Allah Yang Maha Pencipta & Yang Maha Berkuasa atas semua ciptaan-Nya. Segala pujian selayaknya hanya untuk Rabb kita,coz kita masih diberi nikmat untuk meneruskan hari-hari perjalanan hidup kita di atas dunia yang fana ini.


Selesai majlis ta’lim yg diadakan di Lecture Hall Year 4 of Kulliyyah of Pharmacy,IIUM Kuantan, kami pulang ke mahallah meredah hujan yang masih lg x henti2 turun pd hari ni . Hujan merupakan rahmat dari Allah untuk segala hdupan di muka bumi ini. Walaupun hujan kadgkala difikir dapat menjejaskan aktiviti rutin manusia,tapi sebenarnya kita tidak mampu untuk memikirkan hikmah di sebalik segala nikmat yg Allah berikan pd kita..Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin..


Ta’lim tadi bertajuk “ROBOT”. Mungkin tajuk tu bunyi lucu je kan,tapi best tau.. Disampaikan oleh Kak Aida,beliau seorang guru,umur 20 –an,ya masih muda..dan pernah menuntut ilmu di United Kingdom dalam bidang Chemistry..Kami sangat teruja mendengar pengisian yg penuh dgn mutiara ilmu dan manfaat yg disampaikan oleh Kak Aida. Walaupun beliau terpaksa datang dari Pekan ke Kuantan,namun semangat dakwah yang terpamer di wajah dan ceramahnya tadi membuatkan kami amat kagum dengannya.Beliau amat sesuai untuk pelajar2 seperti kami utk dijadikan sbg “role model” dlm kehidupan, baik sebagai seorang pelajar ataupun seorang da’ie. Penat balik dari kerja,berkejar pulak ke UIA Kuantan,penat tu memang la penat,tapi ini lah sunnah orang berjuang..







Berkisar ta’lim tadi,apa pulak ye kaitan tajuk “ROBOT” dgn kita?..OK,macam ni..kita ni diibaratkan sebagai robot. Apabila suis ditekan,maka kita berfungsi seperti yang telah di’install’kan oleh tuan kita yang mencipta kita.Apabila battery dah abis,maka kita pun mati lah..tu lah kita sbg robot..
Kita sbg manusia pula, ataupun dipanggil makhluk(ciptaan),diciptakan oleh Khaliq(pencipta). Dalam menjalani hidup yang dianugerahkan Allah kepada kita ni,ada 3 soalan yang sangat2 penting dalam hidup kita untuk kita cari jawapannya..


Pertama: Dari mana kita datang?..


Kedua: Untuk apa kita diciptakan?..


Ketiga: Ke manakah atau di manakah kesudahan kita?..


3 soalan kat atas tu,ade jawapannya yang kita cari2 tu dalam surah al-‘Alaq. Seperti mana kita maklum,ayat yang pertama dalam surah ni telah diturunkan di Gua Hira’ kepada Rasulullah (SAW) semasa Baginda beruzlah di sana. Dalam surah ni,ade ketiga-tiga jawapan yang kita cari dalam hidup kita. Subhanallah..menarik kan?.. :D


Jawapan kpd soalan pertama: Dari mana kita datang?..Ayat petama dan kedua dalam surah ni, sebagai jawapannya. “Bacalah dgn (menyebut) nama Tuhanmu yg menciptakan(1). Dia telah m’ciptakan manusia dr segumpal darah(2).


Untuk soalan yg kedua: Untuk apakah kita hidup?..Jawapannya pulak ade dalam ayt yg ke-10 dan ke 12..”Seorang hamba apabila dia melakukan solat”(10). Pada zaman itu,hanya perintah solat je yg baru diperintahkan kepada umat Islam. “Atau dia menyuruh bertaqwa kpd Allah(12).


Ni plak jawapan kepada soalan ke-3: Di manakah kesudahan kehidupan kita?..jawapannya ada dlm ayt ke-8 surah al-‘Alaq ni..”sungguh,hanya kepada Tuhanmu lah tempat kembali(8).
Subhanallah...terjawab sudah persoalan2 yg penting dalam hidup kita.So,sudah terang lagi bersuluh,Allah lah satu2nya Pencipta kita dan hanya kpd Allah lah kita patut hambakan diri kita.Sama-samalah kita analisa balik,adakah kita macam yang Allah nak?...hmmm..


Jom kita tgk ayat dalam Surah az-Dzariyat,ayat 56.
“Aku(Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.”(51:56) Astaghfirullahal ‘azim...adakah kita seperti yang Allah nak?..adakah kita buat apa yang Allah perintahkan sperti yg dalam ayat di atas tu?..Sama2 lah kita muhasabah untuk manfaat kita bersama.insyaAllah..amin..


Sama2lah kita definisikan “ibadah” itu macam mana. Mcm yg kita belajar,ibadah tu,ape2 je yg kita lakukan kerana Allah (SWT)..senang je nak buat ibadah ni kan3x.. :D


Nampak x kat sini,semua perkara,walaupun sbesar zarah sekali pun,kita kena ikhlaskan n buat kerana Allah semata-mata,x ada kerana benda2 lain..Sama2lah kita sentiasa tajdid niat kita,supaya semua bnda kita buat kat dunia ni,hanya untuk cari redha Allah.Sebabnya,we are responsible n accountable atas apa yg kita buat di dunia ni. Supaya kita x jadi orang2 yang menyesal dan rugi di akhirat sana.amin.. Kerana,akhirat lah kehidupan sebenar kita,bukan dunia ni..dunia yang kita kejar kan ni..bukan wahai sahabat2..Allah ada berfirman dalam Kitab-Nya, “Dan kehidupan dunia ini hanya lah senda gurau dan permainan saja.dan negeri akhirat lah kehidupan yg sebenarnya,sekiranya mereka mengetahui.(29:64)


Konklusinya, kita sendirilah yang berhak utk tentukan kita ni sekadar robot sahaja,yang tiada tujuan yang jelas,hanya hdup utk melakukan tugas2 harian kita, yang kita percaya itu lah segala2nya untuk kita dapat dari dunia yg kita kejar2 kan ni.akhirnya, kita mati begitu sahaja,tidak ada apa2 lagi untuk kita banggakan selepas matinya kita. ATAU kita sbg hamba Allah yg betul2 abdikan diri pada Pencipta kita,sbg tanda syukur atas penciptaan diri kita dan segala nikmat Allah kpd kita, yg kalau kita nak hitung,maka x terhitung lah banyak nye kan..Subhanallah.. dan di akhirnya,apabila kita mati,kita masih meneruskan perjalanan hidup kita,iaitu menuju ke alam akhirat,yang mana itu adalah kehidupan yang sebenar kita..di sana lah kita hidup untuk selama2nya setelah kita bertemu dgn Pencipta yang menciptakan kita,dan membawa kepada-Nya bekalan di dunia kita sebagai hadiah yang amat berharga kepada-Nya..apa yg kita nak persembahkan pada Allah nanti?..so, buat lah yang TERBAIK untuk Allah.supaya kita tidak malu dan hina bila kembali kepada-Nya nanti...Renung2kan dan sama2 kita koreksi diri kita..Sama2lah kita ajak kawan2,sahabat2 kita..insyaAllah..
                                   


                 ----- اصلح نفسك وادع غيرك ------

No comments:

Post a Comment