Allahummaj'al Qur'aana Hujjatallana.Ameen.

Friday, December 18, 2009

Destinasi Cinta



Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...






Sunday, December 13, 2009

Ini Sejarah Kita

http://dakwah.info/index.php/ini-sejarah-kita

Syabab Musafir Kasih



"Syabab Musafir Kasih" - karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin merupakan novel terbaru daripada penulis "Tautan Hati".

"Syabab Musafir Kasih" mengisahkan tentang seorang kanak-kanak kecil bernama Syabab yang hidupnya seperti kanak-kanak terbiar kerana kurangnya perhatian daripada seorang ibu tunggal. Syabab anak bongsu dalam keluarganya, mempunyai sifat yang berbeza daripada adik-beradiknya yang lain. Kelincahan Syabab di kampung tempat tinggalnya kadang-kadang mengundang rasa kurang selesa penduduk kampung tersebut.

Banyak ibu bapa yang melarang anak-anak mereka bergaul dengan Syabab kerana anak kecil itu agak nakal dan sentiasa mencetuskan masalah. Seorang jiran bernama Mumtazah yang sanggup memberikan perhatian kepada Syabab seperti adik kandung sendiri. Perhatian yang diberi kadang-kadang melebihi perhatian terhadap adik sendiri sehingga mencetuskan rasa cemburu di hati seorang adik. Walau bagaimanapun, perhatian yang diberi akhirnya membesarkan Syabab dalam suasana Islam.

Syabab membesar menjadi seorang pemuda yang hebat, menjadi salah seorang pejuang Islam di kampung halamannya yang penuh dengan pemuda yang kurang faham tentang Islam. Tanggungjawab Syabab agak besar untuk membimbing pemuda kampungnya ke arah kehidupan yang lebih bermakna termasuk adik-beradiknya sendiri agar mereka tidak terus hanyut dengan kehidupan dunia yang melalaikan.

Memilih Mumtazah yang lebih tua darinya sebagai suri hidup banyak membantu dalam perjuangannya sebagai seorang mujahid. Jika ingin tahu lebih lanjut bagaimana Mumtazah boleh menjadi isterinya sedangkan gadis itu lebih tua darinya, pernah berkahwin dan mempunyai anak, dapatkan novel ini di www.telagabiru.net.my ataupun di kedai-kedai buku terkemuka di kawasan anda.
Assalamualaikum w.b.t semua.
Saya ni budak baru saja nak jinak-jinak belajar ber'blogging'. Jadi,harap-harapnya, kawan-kawan semua sudi bagi tunjuk ajar dan komen-komen yang membina. Salam perkenalan dan salam ukhuwwah fillah. =)